Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.
Minggu ni bermula Selasa gua pergi office, hujan dari pagi semalam (Ahad) belum ada tanda-tanda mau berhenti. Sampai di office, air dah mula naik, gua cabut balik rumah hantar kereta, datang semula naik motosikal. Pantau kat bilik kebal Arau, air dah tinggi, balik semula ke office air makin tinggi. Angkat apa-apa yang patut. Tengahari bekalan elektrik terputus. Petang bila gua nak balik dah tak boleh lagi dengan motosikal. Tumpang lori le jawapnya.
Dalam bilik lepas dinaiki air.
Bilik gua lepas angkat barang
Rabu cuba-cuba pergi office tapi agak sukar, akhirnya dapat sampai juga ke office dengan menumpang traktor. Hi.. hi... Gua hanya mampu melihat dan berdoa agar air tak naik lagi.
Khamis, cuba lagi ke office dengan kereta tapi gagal. Balik rumah, buat kerja-kerja yang patut yang melibatkan gua punya radio. Dah lama gua tinggal. Bilik belakang yang sebelum ni bilik bonda gua, perlahan-lahan gua bersihkan selepas seminggu dibiarkan. Sayu gak hati gua.
My new setup, not yet finish.
9M2YR Homebrew ATU
de 9M2YAS, 73.
No comments:
Post a Comment