Operating Condition:

Radio: Yeasu 897D, Icom IC2200H
Antenna: A3S, Homebrew Carolina Windom Half Size, Homebrew G5RV Half Size, Slim Jim, V24 Special
Rotator: Yeasu G450
Tuner: MFJ 494E, Homebrew

Sunday, September 26, 2010

EMAS

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.
Kenapa kita perlu simpan emas?

Wang yang disebut di dalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu. Betapa hebatnya Al Quran, kan? Ini bermakna kestabilan wang tersebut dijamin. Bagaimana pula dengan wang kertas yang dimiliki? Pada gua ianya hanyalah sekeping kertas yang diberi nilai oleh kerajaan. Lagi satu gua ada terjumpa laman web ni: http://www.kitco.com yang menunjukkan kenaikan harga emas.

Carta di sebelah menunjukkan pergerakan harga dari September 2005 hingga September 2010 dalam matawang USD. Kalau gua beli 1 oz emas (31.10g) pada September 2005 yang harganya kira-kira 500 USD. Sekarang harganya mencecah 1300 USD. Lu pikir lah sendiri berapa untungnya? Kalau nak beli emas belilah jongkong emas atau dinar. Mengikut statistik Bank Negara, harga 1 oz jongkong Kijang Emas pada 23 September 2005 ialah RM 1859.00. Lu tau berapa harga itu barang pada 23 September 2010? Nak tau, lu cari kat sini:

Boleh ke beli barang kemas? Biasanya xyl akan tanya soalan ni!!! Kalau barang kemas pun boleh, tapi tak berapa nak digalakkan kerana nilai upahnya agak tinggi.

Kalau dah ada jongkong emas, jangan le jual pulak. Habis, nak untung macamana? Lu gadai le kat Ar-Rahnu. Jangan gi kedai jinjat (pajak gadai konvensional yang kaunternya tingi-tinggi, hinggakan nak tengok berapa berat emas yang ditimbang pun tak nampak, terpaksa kena jinjat kalau nak tengok) pula. Itu urus niaga riba pula. Kan Rasulullah SAW ajar kita cara berhutang, bilamana Baginda menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Baginda mencairkan hartaNya dengan mengadai. Oi, panjangnya nak tulis ni! Ini pasal pajak gadai dan riba pula. Nanti lah gua tulis bab pajak gadai lain kali, kali ni bab emas dulu, sebab kalau lu ada emas baru boleh gadai kan? kan? kan?

Bila boleh saya beli emas? Kalau ada duit, tutup komputer ni sekarang pergi beli. Sekarang rege tengah tinggi bang, mahallah bang! Habis, bila harganya rendah? Hangpa habaq mai? Lu tengok le carta kat atas tu.

Sekian, jumpa lagi Insyallah. Kalau nak lagi untung jadi le tauke emas!!!!


Friday, September 24, 2010

Bonda

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.
Hari yang agak kalut buat gua. Bermula petang semalam lagi. Lepas keluar Bilik Kebal terus ambil harmonik dan bergegas balik base. Lepas solat kat rumah,(jarang gua solat kat rumah) siap untuk ke Bandar Diraja Arau. Ada janji dengan 9M2GET, 9M2AMZ dan 9W2AZV.

Melangkah keluar rumah, terdengar bonda gua panggil minta picitkan betisnya. Luangkan sedikit masa untuk melayan bonda gua yang telah lanjut usianya, tetiba aku menyedari yang bonda gua ada masalah kesihatan. Maklumkan masala
h yang dihadapi kepada 9M2GET. Lepas solat Maghrib kat surau sementara kat taman perumahan gua, terus bergegas balik rumah bacakan Surah Yasin buat bonda. Lepas Isyak Ustaz Najmi dari Darus Syifa datang rumah gua. Minta dia buatkan air jampi untuk bonda.

Malam gua tidur sebelah bonda gua kat ruang tamu. Pukul 2.00 pagi, bonda kejutkan gua, minta picitkan betisnya lagi. Kali ni gua pujuk untuk bawa ke hospital. Alhamdulillah dia nak pergi, apa lagi lepas mandi gua bawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Setelah diperiksa didapati ada jangkitan kuman kat paru-paru (pneumonia). 4.00 pagi di tempatkan dekat ward tingkat lima.
Pepagi tadi terus call boss gua, maklumkan nak cuti. Lepas xyl gantikan gua kat HTF, 8.30 pagi terus ke pejabat isi borang GL dan borang cuti yang sekarang ni kena isi on-line. Buat kekawan pejabat gua yang tengah sibuk kumpulkan bahan peperiksaan UPSR yang baru selesai semalam dari ketua pengawas, sorry gua tak dapat tolong. Balik base sekejap, jam 10.00 pagi ke HTF semula untuk hantar GL dan keperluan bonda gua. Lepas Solat Jumaat ke HTF semula untuk gantikan xyl. Lepak sampai petang. Petang adik dan kakak gua datang, gua ambil peluang untuk rehat pula.

Bonda, maafkan segala kesalahan anakmu ini.

Tuesday, September 21, 2010

UPSR DAN TOWER

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Buat adik-adik tahun enam yang mengambil peperiksaan UPSR, gua diucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tabah. Gunakanlah segala ilmu yang telah dipelajari. Persediaan diri dan alat tulis perlu disiapkan awal-awal.

Buat emak bapa yang anak-anaknya ambil periksa ni, banyak-banyaklah berdoa terutama doa seorang ibu. Masa gua buat pemantauan kat pusat exam tadi ada ibu-ibu yang tengah lepak kat surau, bawah-bawah pokok sambil baca surah Yasin. Tak pula gua nampak kaum sejenis gua. Mungkin kaum gua ni ke 'salt mine' masing-masing.
Hari ni gua lepas solat Subuh je terus gerak ke pejabat, pukul 6.30 pagi dah punch card. Kat Perlis ni kira awai le... Keadaan cuaca hari ni sangat elok, Alhamdulillah. Semoga peperiksaan UPSR kali berjalan dengan lancar.
Pukul 4.35 petang gua mula bergerak balik, singgah kat Masjid Alwi tunaikan yang wajib, ambil harmonic (9W2CTI), terus ke base Cikgu Azran (9W2AMX) cekau dia punya safety harness. Buat Cikgu Hairie (9M2GET), itu barang gua dah cekau. hi.... hi...

Kalau gua lepak atas sofa petang ni mau gua hanyut sampai Maghrib ni. Teringatkan ada empat section lagi tower gua yang masih ada atas bumbung. So apa lagi tukar uniform kerja kepada uniform buruh kasar. Pakai safety harness yang baru gua cekau, safety boot dan tak lupa topi yang dihadiahkan oleh 9M2GET. Tak ingat gua masa bila dia bagi, samada balik dari test cw atau balik dari ambil AA baru.
Jam 6.30 petang gua mula panjat bumbung, minta tolong 9W2CTI hulurkan gin pole, kesian gak harmonic gua ni berat katanya. Lepas tu gua pasangkan gin pole kat hujung tower. Sorry gua tak dapat nak tunjukkan gambar macamana gua pasangkan benda tu, maklumlah one man show.
















Penat juga gua, mula-mula panjat tower lepas tu pasang safety harness, then naikkan gin pole, lepas tu buka balik safety harness tu, lepas tu turun dan dirikan section yang nak dinaikkan ke atas tower yang sedia ada. Pasang dan ketatkan skru pada takal (pully). lepas tu panjat semula tower, pasang safety harness dan baru boleh naikkan section yang merah tu. Bila dah cantum baru gua pasangkan skru stainless steel. RM 4.00 sebijik bang!

Pukul 7.00 petang selesai kerja gua. Alhamdulillah.

Sikit-sikit, lama-lama jadi tower! Ok, jumpa lagi... Insyallah.

Saturday, September 18, 2010

Projek

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan semesta alam dan Nabi Mohamad SAW, pesuruh Allah.


Siapkan gin pole sementara kesempatan masa yang gua ada. Alhamdulillah dah siap.




Di samping tu buat juga dua thrust bearing untuk tampungkan berat must yang gua buat dari pipe Gi yang oleh tahan beratnya. Semuanya gua homebrew so rumah pun dah jadi bengkel besi le! Ini masih dalam pembikinan.



Ini pula bottom section, last section ( yang ke 45 kaki) dan basenya.


Tapak tower gua Last section (45 feet)



Wednesday, September 15, 2010

Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari gua. Sibuk juga gua sejak akhir-akhir ni.

Rabu 8 Sept. mula cuti, terus chow balik KL. Perjalanan Alhamdulillah ok. Berbuka kat rumah mak mertua gua kat Lembah Keramat. Malamnya gua sempat iktiqaf kat Masjid As-Sobirin. Imamnya ada kelasss.

Khamis 9 Sept. rehat-rehatkan badan, berbuka kat Kampung Pandan, rumah abang ipar gua.

Jumaat 10 Sept. Raya. Lepas Solat Sunat Hari Raya, ke Bangi lepas tu ke Subang Jaya, balik ke Ampang, terus ke Taman Keramat dan pukul 11.00 malam baru sampai balik ke Lembah Keramat. Fuh! raya sakan gua.

Sabtu 11 Sept. Raya lagi. Kali ni ke Dengkil, terus ke Bangi ambil cermin mata yang ditinggalkan oleh gua punya harmonic, lepas tu balik ke Prima Court kat UK, lepak sampai malam.
Ahad 12 Sept. Balik ke Perlis. Alhamdulillah gua sampai betul-betul ketika bilal kat masjid Seriab tengah azan Maghrib.
Isnin 13 Sept. Raya lagi, kali ni kat rumah Pak Cik Ali (adik arwah Ayah), Mak Su Dilah, Pak Ngah Mid dan Pak Lang Dun. Lepas Zohor ke Alor Setar rumah 9M2AR dan 9W2TZ bersama dengan 9W2LI dan 9M2AMZ.
Selasa 14 Sept. Pagi, sambung projek yang gua tinggalkan. Buat gin pole untuk naikkan tower gua yang hampir siap. Petang, ziarah Ust Dr. Mohd Rusdi Mahmud, jiran gua. Lepas tu pergi ke Felda Rimba Mas, Padang Besar rumah kakak gua. Ziarah dan jemput mak balik.
Rabu 15 Sept. KERJA

Friday, September 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah



4.30 Petang, Gua balik kerja (WP1), singgah Masjid Alwi, lepas tu terus balik rumah. Teringat nak belajar buat blog, apa lagi jerit kat anak-anak minta tolong. Sambil-sambil tu jengah kat dapur, gua punya xyl tengah siapkan tempahan kek sarawak. Pandai gak xyl gua buat. Besok akan dihantar ke Sungai Petani.
Posting sulung gua, moga dapat menyusul dengan entry yang lebih menarik. Hi...hi....
de 9m2yas.