Operating Condition:

Radio: Yeasu 897D, Icom IC2200H
Antenna: A3S, Homebrew Carolina Windom Half Size, Homebrew G5RV Half Size, Slim Jim, V24 Special
Rotator: Yeasu G450
Tuner: MFJ 494E, Homebrew

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru .....


Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Hari ni dah masuk tahun baru yang ke-tiga: Hijrah, Masihi dan Cina. Selamat Tahun Baru!

Sekarang di utara Semenanjung Malaysia terutama Perlis mengalami musim kemarau. Time ni petani kat tempat gua, lebar senyumnya... musim menuai. Lain pula dengan penduduk di bahagian selatan. Harapan agar mereka tabah menghadapi dugaan.

Sempena cuti tahun baru cina ni gua ada misi yang perlu diselesaikan.... memusnahkan pesawat pengintip tanpa pemandu.
North View
South view
West View

East View
Mission accomplish

Jumpa lagi, insyallah. 73 de 9M2YAS




Sunday, November 28, 2010

Kerja-kerja Weekend

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Buat tapak untuk guy cable kat bahagian tepi rumah sebelah belakang. Ini gua jadi kontraktor kelas F.

Siap dituang konkrit

Ready

Pandangan dari tepi rumah bahagian depan lepas letak guy cable


Tapak yang lagi satu, tepi rumah tapi bahagian depan. Gua letakkan atap zink kat tepi pagar tu takut jiran gua terkejut....
video
Layan jap... In action with 9w2cti (Siti Hana Quzaima) and Aida Atira. Video ini diambil oleh Aida. Dua-duanya ikut gua panjat bumbung sambil layan angin petang.
Selesai tambah lagi 10 kaki, dah jadi 40 kaki. Gayat juga. Tinggal last section, mungkin minggu depan. Ikut hati mau gua cuti minggu ni, tapi apakan daya kerja tak boleh tinggal. 6.30 pagi dah kena buka bilik kebal. Musim peperiksaan...

Jumpa lagi... 73 de 9M2YAS






Friday, November 5, 2010

Banjir, cuti dan new setup


Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Minggu ni bermula Selasa gua pergi office, hujan dari pagi semalam (Ahad) belum ada tanda-tanda mau berhenti. Sampai di office, air dah mula naik, gua cabut balik rumah hantar kereta, datang semula naik motosikal. Pantau kat bilik kebal Arau, air dah tinggi, balik semula ke office air makin tinggi. Angkat apa-apa yang patut. Tengahari bekalan elektrik terputus. Petang bila gua nak balik dah tak boleh lagi dengan motosikal. Tumpang lori le jawapnya.
Dalam bilik lepas dinaiki air.
Bilik gua lepas angkat barang
Rabu cuba-cuba pergi office tapi agak sukar, akhirnya dapat sampai juga ke office dengan menumpang traktor. Hi.. hi... Gua hanya mampu melihat dan berdoa agar air tak naik lagi.


Khamis, cuba lagi ke office dengan kereta tapi gagal. Balik rumah, buat kerja-kerja yang patut yang melibatkan gua punya radio. Dah lama gua tinggal. Bilik belakang yang sebelum ni bilik bonda gua, perlahan-lahan gua bersihkan selepas seminggu dibiarkan. Sayu gak hati gua.

My new setup, not yet finish.
9M2YR Homebrew ATU

de 9M2YAS, 73.


Monday, November 1, 2010

31 Oktober 2010




Alangkah bererti kalau ibundaku dapat ..............

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh insan yang beramal soleh, Amin. Al-Fatihah.

Friday, October 8, 2010

23rd Convocation 31st October 2010

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Insyallah, gua akan menghadiri majlis tersebut. Terima kasih gua ucapkan kepada semua yang telah membantu sehingga gua berjaya. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.



SESI PENGANUGERAHAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-23, SIDANG KEDUA TAHUN 2010 UUM

CONFERMENT OF DEGREES SESSIONS

31 OKTOBER 2010 / 31 OCTOBER 2010
(AHAD / SUNDAY)

PAGI (SESI 1) / MORNING (SESSION 1)
*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 2)/ AFTERNOON (SESSION 2)
*Time: 1.45P.M-6.00P.M

SEMUA PHD

SEMUA DBA

UUM COB
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan)
Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
Sarjana Sains (Kewangan)
Sarjana Sains (Perbankan)
Sarjana Sains (Pengurusan)
Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa)
Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa)
Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

UUM CAS
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Perlancongan dan Hospitaliti)
Sarjana Sains (Teknologi Maklumat)
Sarjana Sains (Teknologi Maklumat & Komunikasi)
Sarjana Sains (Kaunseling)
Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan)
Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)

UUM CAS
Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran)
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pengajaran)
Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
Sarjana Sains (Sistem Pintar)
Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Sarjana Sains (Sains Pemutusan)
Sarjana Ekonomi
Sarjana Sastera (Linguistik Terapan)
Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari)
Sarjana Sains (Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

UUM COLGIS
Sarjana Pengurusan Awam
Sarjana Sains (Pengajian Strategik)
Sarjana Sastera

UUM COB
Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa Dengan Kepujian/BIBM (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian/BHRM (Hons)
Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian / BMA (Hons)
Sarjana Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian / B. Tech. Mgt (Hons)
Sarjana Muda Keusahawanan Dengan Kepujian / B. Ent (Hons)













Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)

Bil.
No. Matrik
Nama
1
802700
Abdul Razak @ Toddy bin Ahmad
2
802702
Abdulgani bin Sirat
3
802616
Adi Marhain bt Ibrahim
4
802703
Aida Kertina Hamden Hamid
5
803050
Ain Apainah Yuni
6
802705
Akim b. Jabri
7
800417
Alias Bin Mohamad (9M2YAS) hi.. hi..
8
802619
Alinah bt Abdul Majid
9
802620
Alizah binti Abdul Majid
10
86882
Amir Faisal Akbar





Sunday, September 26, 2010

EMAS

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.
Kenapa kita perlu simpan emas?

Wang yang disebut di dalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu. Betapa hebatnya Al Quran, kan? Ini bermakna kestabilan wang tersebut dijamin. Bagaimana pula dengan wang kertas yang dimiliki? Pada gua ianya hanyalah sekeping kertas yang diberi nilai oleh kerajaan. Lagi satu gua ada terjumpa laman web ni: http://www.kitco.com yang menunjukkan kenaikan harga emas.

Carta di sebelah menunjukkan pergerakan harga dari September 2005 hingga September 2010 dalam matawang USD. Kalau gua beli 1 oz emas (31.10g) pada September 2005 yang harganya kira-kira 500 USD. Sekarang harganya mencecah 1300 USD. Lu pikir lah sendiri berapa untungnya? Kalau nak beli emas belilah jongkong emas atau dinar. Mengikut statistik Bank Negara, harga 1 oz jongkong Kijang Emas pada 23 September 2005 ialah RM 1859.00. Lu tau berapa harga itu barang pada 23 September 2010? Nak tau, lu cari kat sini:

Boleh ke beli barang kemas? Biasanya xyl akan tanya soalan ni!!! Kalau barang kemas pun boleh, tapi tak berapa nak digalakkan kerana nilai upahnya agak tinggi.

Kalau dah ada jongkong emas, jangan le jual pulak. Habis, nak untung macamana? Lu gadai le kat Ar-Rahnu. Jangan gi kedai jinjat (pajak gadai konvensional yang kaunternya tingi-tinggi, hinggakan nak tengok berapa berat emas yang ditimbang pun tak nampak, terpaksa kena jinjat kalau nak tengok) pula. Itu urus niaga riba pula. Kan Rasulullah SAW ajar kita cara berhutang, bilamana Baginda menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Baginda mencairkan hartaNya dengan mengadai. Oi, panjangnya nak tulis ni! Ini pasal pajak gadai dan riba pula. Nanti lah gua tulis bab pajak gadai lain kali, kali ni bab emas dulu, sebab kalau lu ada emas baru boleh gadai kan? kan? kan?

Bila boleh saya beli emas? Kalau ada duit, tutup komputer ni sekarang pergi beli. Sekarang rege tengah tinggi bang, mahallah bang! Habis, bila harganya rendah? Hangpa habaq mai? Lu tengok le carta kat atas tu.

Sekian, jumpa lagi Insyallah. Kalau nak lagi untung jadi le tauke emas!!!!


Friday, September 24, 2010

Bonda

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.
Hari yang agak kalut buat gua. Bermula petang semalam lagi. Lepas keluar Bilik Kebal terus ambil harmonik dan bergegas balik base. Lepas solat kat rumah,(jarang gua solat kat rumah) siap untuk ke Bandar Diraja Arau. Ada janji dengan 9M2GET, 9M2AMZ dan 9W2AZV.

Melangkah keluar rumah, terdengar bonda gua panggil minta picitkan betisnya. Luangkan sedikit masa untuk melayan bonda gua yang telah lanjut usianya, tetiba aku menyedari yang bonda gua ada masalah kesihatan. Maklumkan masala
h yang dihadapi kepada 9M2GET. Lepas solat Maghrib kat surau sementara kat taman perumahan gua, terus bergegas balik rumah bacakan Surah Yasin buat bonda. Lepas Isyak Ustaz Najmi dari Darus Syifa datang rumah gua. Minta dia buatkan air jampi untuk bonda.

Malam gua tidur sebelah bonda gua kat ruang tamu. Pukul 2.00 pagi, bonda kejutkan gua, minta picitkan betisnya lagi. Kali ni gua pujuk untuk bawa ke hospital. Alhamdulillah dia nak pergi, apa lagi lepas mandi gua bawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Setelah diperiksa didapati ada jangkitan kuman kat paru-paru (pneumonia). 4.00 pagi di tempatkan dekat ward tingkat lima.
Pepagi tadi terus call boss gua, maklumkan nak cuti. Lepas xyl gantikan gua kat HTF, 8.30 pagi terus ke pejabat isi borang GL dan borang cuti yang sekarang ni kena isi on-line. Buat kekawan pejabat gua yang tengah sibuk kumpulkan bahan peperiksaan UPSR yang baru selesai semalam dari ketua pengawas, sorry gua tak dapat tolong. Balik base sekejap, jam 10.00 pagi ke HTF semula untuk hantar GL dan keperluan bonda gua. Lepas Solat Jumaat ke HTF semula untuk gantikan xyl. Lepak sampai petang. Petang adik dan kakak gua datang, gua ambil peluang untuk rehat pula.

Bonda, maafkan segala kesalahan anakmu ini.