Operating Condition:

Radio: Yeasu 897D, Icom IC2200H
Antenna: A3S, Homebrew Carolina Windom Half Size, Homebrew G5RV Half Size, Slim Jim, V24 Special
Rotator: Yeasu G450
Tuner: MFJ 494E, Homebrew

Sunday, November 28, 2010

Kerja-kerja Weekend

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Buat tapak untuk guy cable kat bahagian tepi rumah sebelah belakang. Ini gua jadi kontraktor kelas F.

Siap dituang konkrit

Ready

Pandangan dari tepi rumah bahagian depan lepas letak guy cable


Tapak yang lagi satu, tepi rumah tapi bahagian depan. Gua letakkan atap zink kat tepi pagar tu takut jiran gua terkejut....
Layan jap... In action with 9w2cti (Siti Hana Quzaima) and Aida Atira. Video ini diambil oleh Aida. Dua-duanya ikut gua panjat bumbung sambil layan angin petang.
Selesai tambah lagi 10 kaki, dah jadi 40 kaki. Gayat juga. Tinggal last section, mungkin minggu depan. Ikut hati mau gua cuti minggu ni, tapi apakan daya kerja tak boleh tinggal. 6.30 pagi dah kena buka bilik kebal. Musim peperiksaan...

Jumpa lagi... 73 de 9M2YAS






Friday, November 5, 2010

Banjir, cuti dan new setup


Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Mohamad SAW.

Minggu ni bermula Selasa gua pergi office, hujan dari pagi semalam (Ahad) belum ada tanda-tanda mau berhenti. Sampai di office, air dah mula naik, gua cabut balik rumah hantar kereta, datang semula naik motosikal. Pantau kat bilik kebal Arau, air dah tinggi, balik semula ke office air makin tinggi. Angkat apa-apa yang patut. Tengahari bekalan elektrik terputus. Petang bila gua nak balik dah tak boleh lagi dengan motosikal. Tumpang lori le jawapnya.
Dalam bilik lepas dinaiki air.
Bilik gua lepas angkat barang
Rabu cuba-cuba pergi office tapi agak sukar, akhirnya dapat sampai juga ke office dengan menumpang traktor. Hi.. hi... Gua hanya mampu melihat dan berdoa agar air tak naik lagi.


Khamis, cuba lagi ke office dengan kereta tapi gagal. Balik rumah, buat kerja-kerja yang patut yang melibatkan gua punya radio. Dah lama gua tinggal. Bilik belakang yang sebelum ni bilik bonda gua, perlahan-lahan gua bersihkan selepas seminggu dibiarkan. Sayu gak hati gua.

My new setup, not yet finish.
9M2YR Homebrew ATU

de 9M2YAS, 73.


Monday, November 1, 2010

31 Oktober 2010




Alangkah bererti kalau ibundaku dapat ..............

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh insan yang beramal soleh, Amin. Al-Fatihah.